2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

March 2, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Iftar Masjid Jamek Pekan Merbok

July 2, 2015

MERBOK:Pada 2hb Julai 2015, telah berlangsung satu lagi Majlis Iftar anjuran Bina Darulaman Berhad bersama anak syarikatnya iaitu BDB Land.


Hadir dalam sesi ramah mesra Majlis Iftar itu adalah ADUN Tanjung Dawai YBDato'Tajul UrusMat Zain yang telah berlangsung Masjid Jamek Pekan Merbok. Turut serta dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad.


Seramai 200 orang penduduk kampung hadir dalam majlis ini dan menerima sumbangan daripada pihak BDB berupa wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian.


Selain itu, pihak Masjid Jamek Pekan Merbok juga turut menerima sumbangan wang sejumlah RM5,000 sebagai sumbangan daripada pihak BDB kepada tabung masjid.


Setelah pemberian wang sumbangan dan barangan keperluan, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas daripada Imam masjid sementara menunggu waktu berbuka.

 

Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama penduduk kampung dan YB Dato’ Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive