2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Iftar di Masjid Al-Ikhwan Pida 2, Tunjang

June 19, 2015

TUNJANG: Pada 19hb Jun 2015, Kumpulan Bina Darulaman Berhad bekerjasama dengan anak syarikatnya BDB Synergy Sdn Bhd, menganjurkan satu majlis Iftar dan sesi beramah mesra bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir di Masjid Al-Ikhwan, Pida 2 Tunjang.

 

Pada majlis yang sama, Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad, Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff telah berbesar hati menyumbangkan duit raya berjumlah RM100 serta barangan keperluan kepada 287 orang penduduk di kawasan tersebut. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz, dan Y.Bhg. Dato’ Izham, sambil diiringi pihak pengurusan BDB Synergy Sdn Bhd. Selain itu, pihak Masjid Al-Ikhwan turut menerima sumbangan berjumlah RM5,000 dari BDB untuk keperluan tambahan masjid tersebut.

 

Selepas berbuka puasa bersama-sama 300 orang penduduk kampung tersebut, YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir beserta Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff, telah bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebagai penutup kepada majlis Iftar ini.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive