Tayangan Perdana Iklan Raya BDB 2015

ALOR SETAR: Satu majlis Tayangan Perdana Iklan Raya BDB telah berlangsung di Pawagam MBO pada 17hb Jun 2015. Seramai 60 orang warga kerja BDB, khususnya kakitangan BDB Land telah menghadiri majlis yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff. Acara ini turut dihadiri pihak pengurusan kanan BDB, serta wakil krew produksi Iklan Raya BDB.

Idea serta konsep asal iklan ini merupakan cetusan Y.Bhg. Dato’ Izham dimana mesej utama yang ingin disampaikan adalah mengenai semangat tidak mudah berputus asa atau 'Spirit of Achievement' serta yakin akan kemampuan diri sendiri untuk menggapai sesebuah kejayaan atau impian. Iklan Raya BDB ini memberikan impak yang besar kepada para penonton kerana tersentuh oleh realiti kehidupan yang ditonjolkan di dalam iklan ini. Selain itu, iklan ini turut mengetengahkan nilai-nilai kekeluargaan, seperti kasih-sayang dan saling memaafkan, yang merupakan tunjang kepada masyarakat Malaysia, terutamanya ketika menyambut hari lebaran, Hari Raya Aidilfitri.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)