2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Pengagihan Kurma dan Surah yasin Sempena Ramadhan 1436H

June 15, 2015

ALOR SETAR – Pada 15 Jun 2015, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Majlis Pengagihan Buah Kurma dan Surah Yasin di lobi tingkat sembilan, Menara BDB. Majlis serba sederhana yang dianjurkan bersempena kedatangan bulan Ramadan 1436H ini, dipimpin oleh Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan BDB sambil diiringi oleh Encik Sajahan Abdul Waheed, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan.


Pada majlis yang sama, Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff turut memberi pandangan beliau tentang kepentingan bersedekah serta perancangan Kumpulan BDB untuk berbuka puasa bersama-sama masyarakat tempatan di kawasan yang terpilih di negeri Kedah ini.

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di dalam suasana yang berbeza. Pengalaman sebegini merupakan satu proses pembelajaran untuk kita menghargai nikmat serta rezeki yang ada pada kita. Selain itu, majlis ini turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama warga kerja BDB yang lain.

 

Seterusnya, Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff akan mengagihkan buah kurma serta surah Yasin kepada anak-anak syarikat Kumpulan BDB sebagai tanda perkongsian rezeki serta ibadat sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive