Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Hari Keluarga Kumpulan Bina Darulaman Berhad 2015

April 18, 2015

Karnival Hari Keluarga Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berlangsung dengan meriah pada 18hb April 2015 dengan dihadiri hampir 1,800 orang terdiri daripada warga kerja BDB dan ahli keluarga masing-masing.


Karnival yang berlangsung di Tasik Darulaman Jitra itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara Galah Panjang yang disertai oleh ahli-ahli pengurusan BDB, acara tarik tali, lari dalam guni Explorace, Masam-Masam Manis selain aktiviti mewarna dan banyak lagi.


Acara yang paling ditunggu-tunggu sudah tentulah acara cabutan hadiah bertuah yang menyaksikan 30 hadiah lumayan ditawarkan kepada anggota dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.


Dengan penganjuran Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, interaksi dan kerjasama di kalangan semua warga kerja BDB dan keluarga masing-masing.


Hari Keluarga telah dijalankan dengan meriah dan objektif Hari Keluarga telah dicapai.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)