2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Bina Darulaman Berhad 2015

April 14, 2015

Jitra – Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan 2015 bersempena dengan ulang tahun yang ke-20 di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.


Di samping itu, sempena Makan Malam tersebut juga, BBD telah melancarkan identity yang terbaru sempena menyambut ulang tahun yang ke 20 pada tahun 2015 ini.


Seramai 700 warga kerja termasuk Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dengan kehadiran pengurusan tertinggi semuanya dilihat berpakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu Biru dan Merah.


Sebaik memasuki ke dalam Dewan Wawasan, warga kerja BDB diminta untuk bergambar di sebalik backdrop yang telah disediakan. Kemudiannya, warga kerja diminta untuk ke meja pendaftaran dan diminta untuk mencabut satu kertas yang mengandungi kertas berwarna biru, merah, pink, kuning dan jingga.


Di dalam pula, warga kerja BDB berpeluang untuk mengimbas kembali kenangan sejak 1980-an apabila sebanyak 8 gambar yang terpilih telah dipamerkan di ruang pameran.
Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Dato’ Izham Yusoff. Beliau berkata penjenamaan semula ini merupakan inisiatif yang akan mengukuhkan lagi kedudukan Bina Darulaman Berhad di era baru masa kini.


“Kita perlukan satu perubahan untuk menjadi lebih berdaya saing dan relevan, sepanjang 20 tahun bertapak di negeri Kedah, BDB menunjukkan prestasi yang konsisten dan cemerlang dari segi perolehan pendapatan serta keuntungan. Antara mercu tanda kejayaan kumpulan BDB adalah pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan lapangan terbang di Kedah, pembinaan Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland (TEKIH), serta pembangunan kawasan perumahan seperti pembinaan 3,794 unit rumah kos rendah dan mampu milik di Bandar Darulaman, Jitra dan 2,399 unit rumah di Darulaman Utama, Kuala Ketil,” katanya pada malam tersebut.


Selain itu, anak-anak syarikat BDB diberi identiti baru. Kedah Sato telah ditukarkan kepada BDB Synergy, Darulaman Realty Sdn Bhd ke BDB Land, Darulaman Golf & Resort Berhad ke BDB Darulaman Golf & Resort Berhad, BDB Hotels Sdn Bhd ke BDB Hotels dan Bina & Kuari (K) Sdn Bhd ke BDB Infra.


Majlis diteruskan dengan Ucapan daripada YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Majlis makan malam tahunan tersebut telah diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah dan hadirin turut dihiburkan oleh Sharifah Shahira sebagai pengacara jemputan dan penyanyi pujaan ramai, Ziana Zain dan Datuk Jamal Abdillah.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive