2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Pengagihan Zakat Perniagaan Kumpulan Bina Darulaman Berhad 2015

March 26, 2015

Berzakat merupakan Rukun Islam yang keempat dan penegasan terhadap keperluan berzakat turut jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Kewajipan ini tidak seharusnya kita pandang mudah kerana ianya adalah perintah Allah S.W.T.
 
Justeru sebagaisatu – satunyasyarikat berkaitan kerajaan (GLC)di Negeri Kedah, Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah menunjukkan contoh terbaik dalam pemberian zakat kepada golongan yang memerlukan. Pengarah Urusan Kumpulan BDB berharap agar ianya menjadi ikutan kepada organisasi-organisasi korporat lain dalam menyempurnakan tanggungjawab yang murni ini.Kumpulan Bina Darulaman Berhad pada hari khamis 26hb Mac 2015 telah mengagihkan zakat untuk membantu golongan yang layak menerimanya di bawah asnaf dan Dato' Izham yakin dengan bantuan diterima pada hari ini, suatu hari nanti, agensi agensi korporat yang lain ini akan tampil membayar zakat, seterusnya membantu golongan miskin.

 

Islam mengemukakan sistem zakat sebagai satu peraturan yang menganjurkan manusia menjadi pemurah, penyayang dan prihatin terhadap nasib saudaranya yang lain. Semoga dengan penyampaian zakat ini, mereka yang memerlukan akan merasai dirinya dikasihi dan disayangi, selaras dengan saranan junjungan Rasulullah S.A.W bahawa setiap Muslim itu adalah diibaratkan saudara dengan Muslim yang lain dan sekiranya salah satu anggotanya merasa sakit maka ianya turut dirasai oleh anggotanya yang lain. 

 

Pada tahun ini Kumpulan Bina Darulaman Berhad buat kali yang pertama telah memperuntukkan sebanyak RM212,500.00 dalam bentuk zakat kepada empat buah kawasan. Di samping itu, setiap kawasan akan diperuntukkan RM 50,000 dan baki daripada wang tersebut akan diberikan kepada orang perseorangan yang memerlukan.Dalam tahun 2014,Statistik agihan zakat di negeri Kedah ialah sebanyak RM106.15 juta, bermakna statistik agihan ini telah bertambah daripada tahun lalu yang di agihkan sebanyak RM105.87 juta sahaja.

 

Dato' Izham berharap usaha pihak BDB ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan dan dapat diteruskan pada masa akan datang secara khususnya sebagai acara tahunan BDB.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive