Charity Fun Ride/Run/Buskers
JITRA: Darulaman Golf & Country Club telah mengadakan satu program bagi memperkemas lagi usaha membantu mangsa banjir di Kelantan.
BDB telah menjalankan program Charity Fun Ride/Run/Buskers bagi menarik minat penduduk tempatan khususnya bagi menjayakan program untuk membantu mangsa banjir.
Kira-kira 1,000 peserta terdiri daripada semua lapisan masyarakat telah mengambil bahagian dalam program Charity Fun Ride / Run/ Buskers yang bermula pada jam 7 pagi membabitkan jarak larian tujuh kilometer sehingga 35km di sekitar Tasik Darulaman, Jitra.
Charity Fun Ride/Run/Buskers merangkumi aktiviti-aktiviti seperti larian, berbasikal dan buskers. Selain itu pelawat boleh mengunjungi vendor yang datang dari Kedah dan Penang.
Para peserta yang menyertai larian dan aktiviti yang dianjurkan akan menerima sehelai T-shirt dan sijil penghargaan.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB ,Dato ‘Izham Yusoff juga telah mengambil bahagian di dalam acara yang diadakan hari itu.
“ Melihat sambutan menggalakkan yang kita terima , kami bercadang untuk menganjurkan program serupa melibatkan skala penyertaan lebih besar pada masa akan datang,” kata beliau.
Tags: