Penyerahan Cek untuk Mangsa Banjir di Kelantan

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah menyerahkan RM307,500 kepada Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir bagi menggerakkan program sukarelawan membantu mangsa banjir di Kelantan.

Bantuan tersebut bagi meringankan beban mangsa banjir yang melanda di Kelantan ketika ini.Majlis penyerahan tersebut dilaksanakan sendiri oleh Dato’ Izham Yusoff bersama Pengurus Kanan Perolehan Kumpulan, Zakba Shafie kepada Menteri Besar Kedah.

Majlis tersebut telah diadakan pada 15hb Februari 2015 bersamaan hari Isnin yang lepas.

Featured Posts
Recent Posts