2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Contributes to Ease Burden of Flood Victims in Kelantan

January 31, 2015

JITRA, 31 Januari 2015 –Seperti yang sedia maklum, bencana banjir sedang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini. Sebagai sebuah syarikat GLC, juga atas tanggungjawab sosial (CSR), Kumpulan Bina Darulaman Berhad sangat prihatin dan mengambil berat dengan segala bencana dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara.

 

Justeru, Kumpulan BDB terus menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan pada 31hb Januari 2015 dalam bentuk satu Kejohanan Golf yang telah berlangsung di Darulaman Golf & Country Club yang bermula pada pukul 2 tengah hari.

 

Penyertaan bagi acara Golf yang terbuka kepada organisasi , individu, sektor korporat dan orang ramai telah menarik minat ramai untuk meyertai acara ini. Difahamkan seramai 1,000 orang telah datang memeriahkan acara sekaligus bantuan tersebut.

BDB juga menandingi dengan " dolar - ke - dolar " jumlah sumbangan yang telah dibangkitkan. Pada keseluruhannya, BDB telah pun menyalurkan sebanyak RM300,000.00 kepada mangsa banjir di Kelantan.

 

Selain daripada wang tunai, Kumpulan BDB telah mengadakan cabutan bertuah yang terdiri daripada pakaian, dan barangan elektrik. Difahamkan juga, pemenang bagi setiap cabutan tersebut telah memulangkan semula hadiah tersebut untuk tujuan bantuan mangsa mangsa banjir.

 

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz bin Tun Mahathir.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham bin Yusoff berkata “Kelantan adalah salah sebuah negeri yang paling teruk dilanda banjir , dan kami bersimpati kepada mereka yang terjejas akibat bencana ini dan bantuan ini adalah sebagai tanda keprihatinan BDB dalam membantu mangsa banjir di negeri Kelantan,” katanya.

 

Beliau juga berkata BDB menghulurkan bantuan seberapa banyak yang mereka mampu bagi meringankan beban masyarakat yang melalui keadaan yang sukar ini dan berharap mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

 

Jumlah yang diperolehi daripada acara itu ditambah dengan caruman yang dikutip dari BDB dan vendor anak-anak syarikatnya telah diberikan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz bin Tun Mahathir pula di dalam ucapannya berkata penganjuran majlis penyerahan sumbangan hari ini adalah inisiatif yang sangat dihargai terutama kepada badan badan korporat yang menjayakan aktiviti CSR dalam memberikan bantuan apabila negara dilanda bencana.

 

Beliau berharap agar dengan bantuan Golf Relief Charity ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan semoga dengan adanya misi ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang prihatin.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive