2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Aidiladha 1435H

October 1, 2014

PENDANG: Kumpulan Bina Darulaman Berhad akan mengadakan sambutan perayaan Aidiladha buat pertama kalinya pada tahun ini dengan mengagihkan daging korban kepada penduduk setempat.


Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato' Izham Yusoff berkata pembahagian daging korban ini akan dijadikan sebagai satu aktiviti tahunan bagi Kumpulan Bina Darulaman Berhad selepas ini.


Program yang melibatkan 10 lokkasi di seluruh negeri Kedah iaitu Serdang, Yan, Bedong, Sik, Mukim Siong, Jerlun, Pendang, Alor Setar dan Kemunting adalah bertujuan untuk agihan sedekah dan sebagai tanda terima kasih daripada pihak Kumpulan BDB kepada penduduk kampung tersebut.


"Sebanyak 20 ekor lembu dikorbankan sempena majlis ini dan akan diagihkan kepada 10 buah masjid di kawasan Kedah. Saya berharap mendapat sokongan daripada orang ramai pada tahun hadapan untuk sama-sama mengembangkan usaha pengagihan ini, katanya".


Menurut Dato' Izham juga, program yang diadakan ini juga bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama tetapi dapat mengeratkan silaturrahim di antara penduduk dan juga warga Kumpulan BDB.


Di kesempatan itu, Dato' Izham turut menggesa umat Islam di negara ini bersatu hati dan menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur.


"Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit, serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air, tambah Dato' Izham."


Dato' Izham juga melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung.


Disediakan oleh Kumpulan Komunikasi Korporat

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive