Majlis Penyerahan Cek ke Tabung Kemanusian Gaza

ALOR SETAR : Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK) menyumbang RM2,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Pengerusi ASSAK yang juga Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff menyerahkan wang sumbangan itu kepada wakil Media Prima Alor Setar Kedah, Adha bin Ghazali.“Kami berharap sumbangan ini akan memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik iaitu penduduk Palestin di Gaza. Pihak kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis,” kata beliau. Upacara penyerahan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad berlangsung di Pejabat Bina Darulaman Berhad.

Dato’ Izham juga berkata wang sumbangan itu hasil kutipan derma oleh alumni ASSAK. Turut serta dalam penyerahan wang sumbangan adalah Timbalan Pengerusi ASSAK, Dr Sobri bin Don. ASSAK adalah satu alumni di mana menjadi titik perhubungan antara ASSAK dan bekas pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh ASSAK yang mempunyai lebih 200 ahli.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)