2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Lawatan dan Bantuan ke Rumah Mak Cik Meliah di Naka, Kuala Nerang, Kedah

August 5, 2014

Bukan mudah untuk membesarkan, mendidik dan menjaga anak- anak normal, inikan pula anak- anak istimewa atau kurang upaya.
 
Biarpun telah berusia 100 tahun, seorang ibu di Kampung Bukit Nambua, Belimbing Kanan tabah menjaga anaknya yang berumur 62 tahun dan cacat anggota badan.
 
Lebih menyayat hati, warga emas itu, Meliah Md. Diah terpaksa menjaga anak bongsunya, Abd. Rahman Saud yang cacat sejak kecil akibat penyakit sawan.
 
Menurut Meliah, Abd. Rahman yang hanya mampu terbaring dan tidak boleh berjalan itu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada orang lain termasuk untuk mandi serta makan.
"Setiap hari saya akan mandikan dia, suapkan makanan kerana dia tidak boleh lakukan sendiri, kadangkala cucu saudara yang tinggal berhampiran sini turut membantu," katanya.
 
Setelah New Straits Times menyiarkan artikel mengenai warga emas tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Izham Yusoff hadir untuk melawat dan menyampaikan sumbangan wang, keperluan asas seperti beras, kopi, gula serta membelikan pakaian baru sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.
 
“Objektif Kumpulan Bina Darulaman Berhad untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kami telah mengenalpasti makcik Meliah daripada artikel yang disiarkan pada 8hb februari yang lepas, jadi saya berbesar hati untuk menolong makcik Meliah bersama anaknnya.
 
Meliah yang kini tinggal bersama Abd. Rahman mempunyai empat orang anak namun tiga daripada mereka telah meninggal dunia manakala suaminya meninggal dunia sejak 20 tahun lalu.
 
Ujar beliau, walaupun Meliah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Zakat Negeri Kedah, namun pihaknya akan memastikan keperluan lain juga mencukupi.
 
“Semoga sumbangan mereka itu diberkati dengan menambahkan lagi rezeki mereka dan sentiasa pula di bawah perlindunganNya,” tambah beliau.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive