PRA PELANCARAN BUKU KERIS KEDAH

Majlis Pra-Pelancaran Buku ‘Keris Kedah’ yang diterbitkan oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan pada 3 Februari 2022 di Menara BDB, Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Encik Faris Najhan Hashim yang juga merupakan penulis buku berkenaan dan turut dihadiri pengurusan tertinggi syarikat.

Objektif utama penerbitan buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan khususnya kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman mengenai sejarah dan asal usul Keris berkenan.

Ia juga merupakan koleksi himpunan keris yang terdapat di Kedah yang mempunyai keunikan tersendiri serta kaya dengan nilai sejarah yang boleh dijejaki hingga ke Tamadun Kedah Tua.

Di samping itu, buku tersebut turut menceritakan mengenai keindahan dan penghormatan terhadap keris yang sememangnya kurang diketahui oleh rakyat negeri Kedah itu sendiri.

Untuk itu, diharapkan dengan penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat mengenengahkan dan memperkenal Keris Kedah terutamanya kepada generasi baru rakyat Kedah pada masa kini.

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022