MARC sah penarafan MARC2IS kepada BDB

 

SHAH ALAM – Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) telah mengesahkan penarafan MARC2IS kepada program Bina Darulaman Berhad (BDB) RM100 milion Islamic Commercial Papers (ICP) untuk tahun keempat.

Dalam tinjauan penarafan terbaharunya yang dikeluarkan pada Ogos 2021, MARC menyatakan bahawa penarafan tersebut menggabungkan kekuatan persaingan BDB untuk melakukan kontrak infrastruktur dan pembinaan awam di Kedah, tanah simpanannya yang tersedia untuk pembangunan hartanah dan baki tunai yang mencukupi.

Laporan MARC menyatakan BDB telah meneruskan pemulihannya meskipun terdapat persekitaran perniagaan yang mencabar pada tahun 2020 akibat wabak Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, laporan MARC secara efektif mengesahkan strategi dan pelaksanaan pengurusan BDB untuk mewujudkan model perniagaan yang mampan bagi syarikat dan menghasilkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham.

“Hasil daripada strategi penyusunan semula yang berterusan ke arah keuntungan perniagaan jangka panjang, BDB telah menyelaraskan semula perniagaan terasnya menjadi dua bahagian teras iaitu bahagian Pembangunan Harta dan Kejuruteraan serta bahagian Pembinaan dan Kuari.

“Pendekatan ini diambil untuk menyatukan sumber dan fokus pada kecekapan teras BDB yang telah memberikan hasil dan terbukti penting bagi peningkatan prestasi kewangan Kumpulan dan daya saing pada tahun 2020 dan 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, penetapan dasar dan hala tuju strategi oleh lembaga pengarah BDB dan pelaksanaan serta penyampaian polisi tersebut oleh pengurusan kanan BDB telah diselaraskan untuk memastikan penyampaian tujuan dan petunjuk prestasi utama (KPI) syarikat dalam persekitaran perniagaan yang sangat mencabar.

Beliau berkata, BDB akan meneruskan pengimbangan semula dan pengoptimuman operasi perniagaan utamanya untuk memastikan kelangsungan dan ketahanan Kumpulan sebagai sebuah entiti yang berdaya maju.

SINAR HARIAN | 30 OGOS 2021

https://www.sinarharian.com.my/article/158531/BISNES/MARC-sah-penarafan-MARC2IS-kepada-BDB

 

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022