KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG RM81 RIBU KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

 

BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah mengadakan Majlis Perasmian Taman Tunku Intan Safinaz & Penyerahan Kunci Pangsapuri Ikhlas.

Majlis yang diadakan diperkarangan Pangsapuri Ikhlas itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Tan Kok Yew dan YB Hajah Halimatun Shaadiah Binti Saad, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Mohd Fisol Bin Md Noh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Bin Ramli, Ketua Divisyen Hartanah dan Leisure, YM Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek serta pengurusan kanan Kumpulan BDB yang lain.

Selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci kepada pembeli, YTM Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk dibawa melawat ke sekitar kawasan pangsapuri dan berkunjung ke salah sebuah rumah pembeli Pangsapuri Ikhlas.

YTM Tunku Temenggong Kedah juga sempat meluangkan masa seketika untuk berkunjung ke BDB Land Lifestyle Gallery di Tasik Darulaman, Jitra untuk mendengar sedikit penerangan tentang projek-projek yang telah dan bakal dibangunkan oleh BDB Land Sdn Bhd.

Kami dari Kumpulan BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di atas kesudian meluangkan masa bagi menghadiri majlis pada hari ini.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022