LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE BDB LAND SDN BHD

BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) telah menerima kunjungan Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman (BDB), Sr Haji Che Had Dhali pada hari ini di Ibu Pejabat di Jitra, Kedah.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan BDB, Tuan Mohamad Ibrahim Ghazali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Dalam lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi serta strategi perniagaan BDB Land dan juga prestasi kewangan untuk tahun kewangan 2021. Hal ini adalah untuk memastikan divisyen berkenaan terus berdaya saing dan kekal kompetitif untuk tahun-tahun mendatang.

Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai projek-projek pembangunan semasa yang sedang dibangunkan oleh BDB Land serta projek-projek masa depan yang telah dirancang untuk dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau kemudiannya sempat melawat Galeri Jualan BDB Land di Tasik Darulaman dan seterusnya meninjau tapak projek Simfoni East dan Simfoni West, Taman Tunku Intan Shafinaz dan kawasan sekitar Bandar Darulaman.

Seperti lawatan beliau ke Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari sebelum ini, Sr Haji Che Had mengambil peluang untuk beramah mesra dengan dengan kakitangan dan juga pengurusan BDB land.

Beliau sempat memberi nasihat dan juga kata-kata semangat untuk meningkatkan motivasi kakitangan bagi memastikan BDB Land cemerlang sekaligus dapat mencapai sasaran perniagaan yang telah ditetapkan.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi meraikan persaraan lima kakitangan dari BDB Land iaitu Rosly Mazlan dan Anuarudin Alwi, kakitangan BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Ariffin Arshad dan Nik Rozlihan Nik Ishak serta kakitangan dari BDB Kedah Holdings Sdn Bhd, Mohamad Sohaimi Mohd Yusoff.

Dalam ucapan penghargaan dari Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai kakitangan Kumpulan BDB secara amnya dan Divisyen Hartanah & Leisure khasnya.

Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan Divisyen Hartanah & Leisure di kedudukan yang ada pada hari ini.

Intihanya, Pihak Kumpulan BDB mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada kakitangan-kakitangan di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan yang tidak berbelah bagi kepada syarikat.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022