KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PARA ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan memberi sumbangan makanan kepada para anggota polis yang bertugas di Tol Alor Setar (U), Tol Hutan Kampung & Sekatan Jalan Kepala Batas.

Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada para anggota polis yang betugas sepanjang Covid-19 berikutan perlaksanaan Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 28 Jun 2021 ketika ini.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada ACP Ahmad Shukri Bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith Ahmad Sharifuddin.

Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap dapat membantu barisan hadapan negara kita agar terus berjuang untuk menyekat penularan wabak COVID-19 ini yang bersusah payah menjaga kebajikan kita rakyat Malaysia.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022