KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA RTM KEDAH

Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan ini dengan mengagihkan juadah berbuka kepada para petugas media yang bertugas di RTM Kedah.

Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas media RTM Kedah yang banyak membantu dalam menghubungkan maklumat-maklumat yang terkini terutamanya mengenai Kumpulan BDB.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan RTM Kedah.

Juadah berbuka puasa yang diagihkan di Ibu pejabat RTM Kedah yang diserahkan oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB kepada wakil pihak RTM Kedah.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022