KUMPULAN BDB SUMBANG BEG SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM PERKIM NEGERI KEDAH

Seramai 41 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Kedah telah menerima kelengkapan beg sekolah daripada Bina Darulaman Berhad (BDB) yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertempat di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban waris dan penjaga selain memberi peluang kepada anak-anak yatim tersebut meneruskan proses pembelajaran dengan baik.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Pegawai Pentadbiran PERKIM Negeri Kedah, Norerza Shaffie.

Diharap dengan sumbangan ini dapat membantu mereka untuk bersiap sedia bagi memulakan sesi persekolahan yang baru tidak lama lagi.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022