KUNJUNGAN TUN DR DAIM ZAINUDDIN KE BDB

KUNJUNGAN TUN DR DAIM ZAINUDDIN KE BDB

 

Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menerima kunjungan mantan Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin buat julung kalinya ke Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Ketibaan Tun Dr Daim Zainuddin disambut oleh oleh Pengerusi Eksekutif, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli. Hadir sama mengiringi beliau, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang Hashim.
Turut serta ialah Ahli Lembaga Pengarah BDB, Tuan Haji Muhammad Sobri Osman, Ketua Divisyen Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab.
Dalam lawatan yang bermula kira-kira pukul 3 petang, Tun Dr Daim sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan pengurusan kanan Kumpulan BDB dan seterusnya terlibat dalam sesi taklimat yang diketuai oleh Sr Haji Che Had.
Selepas sesi taklimat, Tun Dr Daim sempat meluangkan masa seketika untuk bergambar bersama-sama pengurusan kanan sebelum menamatkan sesi lawatan pada jam 4 petang.
Terima kasih diucapkan kepada Tun Dr Daim Zainuddin di atas kunjungan ke Menara BDB.

[INSIDE VIEW] SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

[INSIDE VIEW] SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis mengenai Laporan Kewangan Suku Kedua 2022 BDB serta membentangkan pelan masa hadapan kepada rakan-rakan media dan penganalisis pada majlis yang berlangsung di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur.
Kedua-dua sesi berkenaan dikelolakan oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan turut dihadiri oleh Ketua Kewangan dan Akaun Kumpulan BDB, Mohd Nasir Ismail, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Perancangan Korporat Kumpulan & BPI, Mohd Hudzaifah Mohd Sam.

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis mengenai Laporan Kewangan Suku Kedua 2022 BDB serta membentangkan pelan masa hadapan kepada rakan-rakan media dan penganalisis pada majlis yang berlangsung di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur.
Kedua-dua sesi berkenaan dikelolakan oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan turut dihadiri oleh Ketua Kewangan dan Akaun Kumpulan BDB, Mohd Nasir Ismail, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Perancangan Korporat Kumpulan & BPI, Mohd Hudzaifah Mohd Sam.
Mohd Iskandar Dzulkarnain Ketika bercakap dengan media menjelaskan, BDB berjaya mencatat keuntungan pada suku kedua 2022 adalah hasil usaha Kumpulan dalam meningkatkan perniagaan teras BDB ke arah daya tahan yang lebih kukuh, kestabilan hasil, memaksimumkan kecekapan operasi, meningkatkan penggunaan tenaga kerja dan penyusunan semula kewangan.
Prestasi kewangan BDB yang semakin positif dan mencatatkan peningkatan berbanding suku sebelumnya adalah disebabkan oleh penyambungan sepenuhnya aktiviti perniagaan dan sumbangan hasil yang tinggi daripada segmen pembinaan jalan raya dan inisiatif daripada Bahagian Pembangunan Hartanah yang berjaya disiapkan dalam tempoh tersebut.
Di samping itu, penstrukturan semula ini telah membuahkan hasil dengan BDB kembali menjana pendapatan daripada penyambungan semula operasi perniagaan seperti biasa dan juga permintaan pasaran untuk perkhidmatan yang ditawarkan.
“Dengan rekod prestasi BDB yang baik di mana kami berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya dan mengikut peruntukkan dan bajet yang diberikan merupakan satu petanda baik terhadap keupayaan kami bagi mendapatkan lebih banyak kontrak pada separuh kedua 2022 dan 2023. Kami juga telah melaksanakan projek yang boleh dikatakan unik dan di luar daripada perniagaan teras syarikat iaitu Langkawi Designer Premium Outlet, yang akan memberi nilai tambah kepada Bahagian Pembangunan Hartanah dan ECQ,” ujarnya.
Sementara itu, dalam sesi bersama taklimat penganalisis perniagaan, Mohd Iskandar mengulas mengenai perancangan syarikat untuk 2023 dan tahun seterusnya mengenal pasti dan menentukan kebolehlaksanaan untuk menjadikan sektor perniagaan ini ke dalam portfolio BDB bagi mempertingkatkan lagi daya tahan dan mengekalkan keuntungan syarikat pada masa hadapan.

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 KEPADA KAKITANGAN BDB

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 KEPADA KAKITANGAN BDB

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65, pada 25 Ogos 2022, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif mengadakan majlis penyerahan jalur gemilang kepada kakitangan Ibu Pejabat BDB di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali diiringi Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Pegawai Operasi, Mohd Sobri Hussein dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.
Turut hadir adalah barisan pengurusan kanan BDB serta kakitangan BDB yang bertugas di Menara BDB.
Di samping itu, sebagai pengisian menyemarakkan rasa cinta kemerdekaan kepada negara, Sr. Haji Che Had Dhali turut menyerahkan dan melekatkan jalur gemilang pada beberapa kenderaan di samping menyerahkan jalur gemilang kepada kakitangan BDB.
Sementara itu, satu Kempen Kibarkan Jalur Gemilang oleh Kelab Sukan BDB Infra turut diadakan di Kuari Bukit Perak, Pendang, Kedah. Program tersebut dimulakan dengan memasang Jalur Gemilang di persekitaran Kuari Bukit Perak dan pemasangan bendera di kenderaan ahli-ahli kelab sukan dan seterusnya berkonvoi di perkarangan kuari sebagai simbolik berlangsungnya kempen kibarkan Jalur Gemilang.
Diharap dengan penganjuran ini mendapat sambutan baik oleh semua kakitangan BDB demi meningkatkan kecintaan kepada negara dan mengeratkan hubungan keluarga besar BDB dalam usaha kita semua menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada tahun ini.

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERBANDARAN MAMPU MILIK BDB LAGENDA SDN BHD

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERBANDARAN MAMPU MILIK BDB LAGENDA SDN BHD
Majlis Pecah Tanah Projek Perbandaran Mampu Milik BDB Lagenda Sdn Bhd (BDB Lagenda) telah diadakan di Tapak Projek Darulaman Lagenda, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Pengerusi Lagenda Properties Berhad (LPB), Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Panglima (B) Dr. Ahmad Kamarulzaman Haji Badaruddin, Pengarah Urusan LPB, Dato’ Doh Jee Ming.
Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BDB, Pengurusan Kanan BDB dan LPB serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam melaksana dan menyelaras pembangunan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran seiring dengan hasrat untuk memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni, teratur yang dapat dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan sasaran B40 dan juga M40 bersesuaian dengan slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.
Tambah beliau, Lebih 2,500 unit rumah akan dibina di perbandaran ini kelak dan sudah pastilah produk perumahan yang bakal ditawarkan cukup berpatutan iaitu di bawah RM250,000 yang mana mampu dimiliki oleh golongan B40 dan M40.
“Selain itu, sejumlah 282 unit rumah teres satu tingkat akan dibina dalam Pembangunan Fasa 1 akan dijual di bawah harga RM250,000 dan ia bermakna golongan B40 dan M40 akan berpeluang untuk memiliki rumah yang akan ditawarkan kelak dan sedikit-sebanyak dapat membantu mereka memiliki rumah yang diidam-idamkan selama ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali dalam ucapannya berkata, bagi perbandaran mampu milik ini, ia akan dibangunkan di kawasan seluas lebih 233.43 ekar di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM593 juta.
Adalah diharapkan dengan usaha kumpulan BDB ini akan membantu rakyat di negeri kedah untuk memiliki rumah sendiri serta membuka jalan kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah lain untuk melihat potensi yang wujud dengan konsep perbandaran mampu milik ini.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus menaruh kepercayaan kepada kumpulan BDB dalam usaha untuk bersama-sama dalam membangunkan negeri kedah ini menuju sebuah negeri maju pada masa akan datang.

ENAM ANAK KAKITANGAN KUMPULAN BDB TERIMA INSENTIF PENDIDIKAN SPM 2021

ENAM ANAK KAKITANGAN KUMPULAN BDB TERIMA INSENTIF PENDIDIKAN SPM 2021

Pada 20 Ogos lalu, majlis makan malam telah diadakan bersempena Program Skim Insentif Pendidikan SPM 2021 bagi meraikan enam orang anak-anak kakitangan Kumpulan BDB yang meraih keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr. Tuan Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ahli-ahli Lembaga Pengarah BDB, Dato’ Zakiah Kassim, Mohamad Ibrahim Ghazali, Tuan Haji Muhammad Sobri Osman dan Professor Dr. Mohd Suffian Yusoff beserta pengurusan kanan BDB.
Program ini diadakan bagi menghargai anak-anak kakitangan Kumpulan BDB yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021 dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.
Dalam ucapan beliau, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Che Had Dhali berkata pemberian insentif ini sebagai tanda syarikat melahirkan rasa gembira dengan kejayaan para pelajar berkenaan serta menjadi pendorong dan pembakar semangat mereka untuk lebih berjaya di masa-masa yang akan datang kerana perjalanan kehidupan mereka masih lagi jauh.
Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan adanya Skim Insentif Pendidikan ini dapat memberikan galakan serta dorongan motivasi kepada lebih ramai anak-anak kakitangan Kumpulan BDB untuk cemerlang dalam akademik dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada para penerima Skim Insentif Pendidikan SPM 2021.

KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE

KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE
Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah melakukan satu kunjungan hormat ke pejabat akhbar Malaysia Gazette bertempat di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 17 Ogos 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB ini adalah bertujuan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim antara pihak BDB dan pihak Malaysia Gazette sempena sambutan ulang tahun Malaysia Gazette yang ke-9 pada baru-baru ini.
Mengiringi Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed adalah Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith dan Muhammad Syaheer Luqman.
Kunjungan BDB telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abdul Razak, Pengurus Besar Pemasaran & Acara, Chloe H.B. Siao dan Eksekutif Bahagian Pemasaran, Alya Musa yang dibawa melawat sekitar pejabat Malaysia Gazette dan turut mengadakan satu perbincangan ringkas.
Pihak Bina Darulaman Berhad ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Malaysia Gazette yang terlibat dalam membantu BDB dalam menyampaikan perkembangan aktiviti-aktiviti serta projek-projek pembangunan BDB khususnya di negeri Kedah kepada masyarakat sehingga hari ini.

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

Seramai 250 orang murid Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq (SKWSS), Alor Setar telah menerima manfaat bahan bacaan melalui sumbangan buku daripada Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SKWSS, Alor Setar, Kedah.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed serta diiringi oleh Guru Besar SKWSS, Munir Salleh.
Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SKWSS, Norizawati Ismail, Penolong Kanan HEM, Ghazali Musa, Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Hanan ‘Izzati Mansor serta Syaheer Luqman.
Dalam ucapan ringkasnya, Sajahan Abdul Waheed menzahirkan harapan agar sumbangan buku tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh murid-murid dan dapat membantu proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di sekolah tersebut.
Beliau juga turut menggalakkan murid-murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa akan datang.
Diharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan dan menyemarakkan semangat membaca para murid SKWSS.
Dalam masa yang sama, Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq juga telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1444.

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Sekitar majlis penanaman pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 pada hari Ahad 17 Julai 2022 bertempat di Darulaman Park, Jitra.

Sultan Kedah Kebawah Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli hadir ke majlis tersebut seterusnya menjayakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Keberangkatan Tuanku Sultan diiringi oleh Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus, Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad, Sr Haji Che Had Dhali dan Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan wang zakat asnaf sebanyak RM10,000.00 yang diperuntukkan untuk diagihkan kepada 100 pelajar SMK Khir Johari (SMKKJ) yang layak.

Wang zakat asnaf tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed yang mewakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali yang bertempat di Dataran Sumur, SMKKJ.

Diharapkan usaha yang dilakukan oleh BDB dapat meringankan beban para pelajar di samping menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Di samping itu, Kumpulan BDB akan terus mengadakan program-program pengagihan wang zakat seperti ini untuk membantu golongan asnaf di seluruh negeri Kedah bagi mengurangkan beban perbelanjaan tatkala situasi ekonomi yang semakin mencabar.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares