BDB CONSTRUCTION SDN.BHD. KOMITED TERHADAP KELESTARIAN PEMBANGUNAN MINERAL NEGERI KEDAH

SUNGAI PETANI – Pembangunan mineral merupakan antara sektor utama dalam memacu serta memberi momentum kepada pembangunan infrastruktur dan juga hartanah.
Berfungsi sebagai teras utama dalam sektor pembangunan, sumber mineral hadir dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti pasir, granit, batu kapur dan sebagainya menjadi komoditi yang amat berharga.

Kunci kepada kelestarian komoditi ini adalah langkah-langkah terhadap pemuliharaan sumber dan dalam masa yang sama mengoptimakan potensi mineral yang menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kerajaan negeri.

Perkara ini telah tercatat di dalam Kanun Tanah Negara 1965, telah memperuntukkan punca kuasa bagi pengurusan sumber mineral terletak dibawah bidang kuasa setiap kerajaan negeri.

Menyedari kepentingan ini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menubuhkan anak syarikat BDB Construction Sdn.Bhd. (BDBC) bagi memberi fokus terhadap pengurusan mineral di negeri Kedah.

Mula beroperasi pada Mei 2021, BDBC mengorak langkah dengan menguruskan kuari pasir darat bertempat di Ladang Sungai Ular, Kulim (dahulunya dimiliki oleh PKNK) serta mengurus kerja-kerja penstabilan tanah bagi projek Langkawi Premium Outlet (LPO). BDBC mula memperoleh pengiktirafan daripada pihak berkuasa tempatan dengan pulangan royalti secara konsisten meskipun negara dilanda pandemik.

Menurut Ketua Projek Pengurusan Pasir, Syed Rofli Syed Ahmad, kerjasama dengan pihak ketiga membolehkan BDBC mendapat hak ekslusif sistem pemantauan pergerakan mineral di wilayah utara semenanjung.

“Menerusi sistem tersebut, BDBC mampu menawarkan solusi dalam meningkatkan tahap kecekapan setiap pihak yang terlibat dalam sektor mineral termasuk pihak berkuasa dan pemain industri.

“Hal ini membolehkan kerajaan negeri menikmati hasil kutipan royalti yang lebih berkesan disamping mengawal kegiatan pemain industri secara terancang,” jelasnya.
Untuk itu, BDBC optimis terhadap halatuju pengurusan mineral yang mapan khususnya di negeri Kedah. Syarikat mensasarkan untuk menubuhkan sebuah hub mineral yang kondusif bagi sektor mineral seperti makmal analisa, jambatan timbang dan hub penyimpanan bagi menampung industri mineral di negeri ini.

Dengan cara ini, BDBC yakin dapat mewujudkan ekosistem industri yang lebih cekap disamping dapat memastikan sektor ini dibangunkan dengan lebih terancang pada masa hadapan.

Gambar dan tulisan oleh Azlan Nasrun (BDB Construction).

Share:

More Posts

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022