Categories
Activities

SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN DARIPADA KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD KEPADA KAKITANGAN

SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN DARIPADA KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD KEPADA KAKITANGAN

 

Pihak Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyerahkan sumbangan bantuan barangan makanan dan keperluan lain kepada kakitangan-kakitangan yang terlibat dengan kejadian banjir baru-baru ini di sekitar negeri Kedah Darul Aman baru-baru ini.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat BDB (CSR) bagi membantu kakitangan-kakitangan yang terjejas . Kumpulan BDB berharap sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu penerima-penerima.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed di Menara Bina Darulaman Berhad, Alor Setar.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Activities

PELANTIKAN PEMANGKU PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

PELANTIKAN PEMANGKU PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

 

Encik Mohd Sobri bin Hussein yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi / EVP II Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) akan memegang tugas sebagai Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang baharu berkuat kuasa pada 4 Februari 2022.

Dalam satu majlis ringkas, pada pagi ini (Khamis, 3 Februari 2022) bertempat di Aras 10, Menara BDB, Encik Sobri telah menerima penyerahan tugas daripada Encik Faris Najhan Hashim yang sebelum ini telah memegang jawatan berkenaan semenjak Februari 2019.

Encik Sobri dalam ucapan ringkas menzahirkan harapan agar warga kerja Kumpulan BDB dapat memberikan sepenuh sokongan dan komitmen kepada beliau dan beliau berharap agar prestasi Kumpulan BDB akan terus cemerlang dan meningkat pada masa akan datang.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Activities

MAJLIS PERASMIAN TAMAN TUNKU INTAN SAFINAZ DAN PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI IKHLAS DI BANDAR DARULAMA

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG RM81 RIBU KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

 

BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah mengadakan Majlis Perasmian Taman Tunku Intan Safinaz & Penyerahan Kunci Pangsapuri Ikhlas.

Majlis yang diadakan diperkarangan Pangsapuri Ikhlas itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Tan Kok Yew dan YB Hajah Halimatun Shaadiah Binti Saad, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Mohd Fisol Bin Md Noh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Bin Ramli, Ketua Divisyen Hartanah dan Leisure, YM Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek serta pengurusan kanan Kumpulan BDB yang lain.

Selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci kepada pembeli, YTM Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk dibawa melawat ke sekitar kawasan pangsapuri dan berkunjung ke salah sebuah rumah pembeli Pangsapuri Ikhlas.

YTM Tunku Temenggong Kedah juga sempat meluangkan masa seketika untuk berkunjung ke BDB Land Lifestyle Gallery di Tasik Darulaman, Jitra untuk mendengar sedikit penerangan tentang projek-projek yang telah dan bakal dibangunkan oleh BDB Land Sdn Bhd.

Kami dari Kumpulan BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di atas kesudian meluangkan masa bagi menghadiri majlis pada hari ini.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG RM81 RIBU KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG RM81 RIBU KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

 

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap krisis COVID-19 yang melanda negara masa kini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menyumbang beberapa peralatan dan kemudahan perubatan berjumlah RM81 000 kepada Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Antara peralatan atau kemudahan yang disumbangkan ialah 10 buah Infusion Pump dan juga 10 buah Syringe Pump yang mana merupakan peralatan yang amat diperlukan.

Peralatan dan kemudahan itu adalah untuk menampung keperluan pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah pada ketika ini.

Sumbangan peralatan perubatan berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin.

Kumpulan BDB melalui inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seumpamanya, syarikat sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya dari aspek keperluan peralatan dan kemudahan perubatan yang sangat diperlukan semasa memberi rawatan kepada pesakit khususnya dalam situasi negara yang berhadapan dengan krisis COVID-19.

Diharap dengan penambahan mesin perubatan ini dapat membantu kakitangan perubatan merawat pesakit dan meringankan beban tugas mereka sebagai barisan hadapan negara.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

 

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PARA ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PARA ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan memberi sumbangan makanan kepada para anggota polis yang bertugas di Tol Alor Setar (U), Tol Hutan Kampung & Sekatan Jalan Kepala Batas.

Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada para anggota polis yang betugas sepanjang Covid-19 berikutan perlaksanaan Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 28 Jun 2021 ketika ini.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada ACP Ahmad Shukri Bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith Ahmad Sharifuddin.

Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap dapat membantu barisan hadapan negara kita agar terus berjuang untuk menyekat penularan wabak COVID-19 ini yang bersusah payah menjaga kebajikan kita rakyat Malaysia.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PASUKAN SUKARELAWAN UPNM

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PASUKAN SUKARELAWAN UPNM

 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) kali ini berbesar hati menyerahkan sumbangan makanan tengah hari sebanyak 100 bungkus kepada anggota sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Misi Bantuan Banjir di Yan, Kedah.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh wakil misi bantuan banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Encik Sharizan Samad.

Pihak BDB berharap sumbangan sedikit sebanyak ini akan dapat membantu sukarelawan yang bersusah payah menjayakan misi bantuan banjir yang sedang giat dilakukan sehingga 4 September 2021 ini.

Terima Kasih!

Kredit Foto: Mohd Haniff Bin Ghazali (DGCC)

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA PENGAMAL MEDIA KL

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA PENGAMAL MEDIA KL

Kumpulan BDB menghargai petugas media yang sibuk bersilih ganti menjalankan tanggungjawab membuat pelbagai liputan terkini tanpa mengira waktu dan keadaan cuaca, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Oleh itu, Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas media di New Straits Times, Harian Metro, Berita Harian & Bernama.

Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat mengenai anjuran Kumpulan BDB kepada masyarakat.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Kumpulan BDB dan rakan-rakan media selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.

Penyediaan makanan dilakukan oleh Sungai Kertas Katering yang turut menjayakan program pengagihan juadah berbuka puasa tersebut kepada petugas media yang terlibat, sebagai mewakili pihak Komunikasi Korporat Kumpulan BDB.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

 

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA RTM KEDAH

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA RTM KEDAH

Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan ini dengan mengagihkan juadah berbuka kepada para petugas media yang bertugas di RTM Kedah.

Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas media RTM Kedah yang banyak membantu dalam menghubungkan maklumat-maklumat yang terkini terutamanya mengenai Kumpulan BDB.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan RTM Kedah.

Juadah berbuka puasa yang diagihkan di Ibu pejabat RTM Kedah yang diserahkan oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB kepada wakil pihak RTM Kedah.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA ASTRO AWANI

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA ASTRO AWANI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati untuk mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas media Astro Awani sempena bulan Ramadan tahun ini.

Sumbangan agihan juadah berbuka itu adalah sebagai tanda penghargaan Kumpulan BDB terhadap petugas media Astro Awani yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat terutamanya dalam menghebahkan program anjuran Kumpulan BDB kepada masyarakat.

Juadah berbuka puasa diserahkan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith Ahmad Sharifuddin, kepada wakil pihak Astro Awani, Abdul Hadi Che Awang.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat diteruskan kerjasama yang telah terjalil antara kedua-dua pihak selama ini dapat dikekalkan.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BERNAMA KEDAH

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BERNAMA KEDAH

Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan ini dengan mengagihkan juadah berbuka kepada para petugas media yang bertugas di Bernama Kedah.

Inisiatif tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas Bernama Kedah yang banyak membantu dalam menghubungkan maklumat-maklumat yang terkini terutamanya mengenai Kumpulan BDB.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan Bernama Kedah.

Juadah berbuka puasa yang diagihkan di pejabat Bernama Kedah yang diserahkan oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB kepada Ketua Biro Bernama Kedah, Rhoma Ahmad Razali.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement