BDB AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH

BDB AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH

Bina Darulaman Berhad (BDB) sedar akan kepentingan media dalam menyampaikan berita terkini dan sahih kepada rakyat tentang informasi terkini dalam dan luar negara.
Di samping itu, BDB komited dalam memastikan hubungan erat yang telah terjalin sejak sekian lama dengan agensi media cetak dan elektronik terutamanya di negeri Kedah kekal utuh.
Oleh yang demikian, BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah makanan tengah hari tersebut kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK).
Ia juga bertujuan merakamkan penghargaan pihak BDB kepada semua pengamal media atas kerjasama dan sokongan tak berbelah bahagi yang diberikan kepada BDB.
Sumbangan juadah makanan tengah hari tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada wakil pihak media iaitu Timbalan Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), M Hifzudin Ikhsan.

BDB JITRA HALF MARATHON 2022

BDB JITRA HALF MARATHON 2022
BDB Jitra Half Marathon 2022 anjuran anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Leisure Sdn Bhd (BDB Leisure) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober 2022 bertempat di Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Majlis dihadiri oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan pengurusan kanan BDB.
Acara tersebut merupakan yang larian kedua yang dianjurkan BDB Leisure selepas penganjuran Darulaman Fun Run 2022 pada 25 Jun 2022 lalu.
Selain itu, BDB Jitra Half Marathon 2022 menyaksikan lebih 1,500 peserta dari pelbagai seluruh pelusuk negara dan peringkat umur menyertai acara tersebut yang dibahagikan kepada tiga kategori larian iaitu 21 kilometer (KM), 10KM dan 5KM.
Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah di Darulaman Park, Jitra di mana sambutannya dijalankan serentak di seluruh negara yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.
Mohd Firdaus berkata HSN 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh rakyat negeri Kedah dalam menjadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dapat diterapkan.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan HSN 2022 ini antaranya ‘Jitra Half Marathon’ yang dianjurkan oleh BDB Leisure, sepak penalti untuk bawah 12 tahun, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan perahu panjang, pertunjukan bomba dan penyelamat, booth pameran anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian pada BDB Jitra Half Marathon 2022 pada kali ini serta mengikuti perkembangan semasa mengenai anjuran acara sukan dan aktivit-aktiviti semasa anjuran BDB.

BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE TV ALHIJRAH

BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE TV ALHIJRAH
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat TV AlHijrah bertempat di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.
Kedatangan BDB ke TV AlHijrah telah disambut oleh Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, Pengurus Penjenamaan TV AlHijrah, Faraliza Musleh dan Strategi Media TV AlHijrah, Eliana Ahmad Sukal dan Khairul Manaf.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara BDB dan TV AlHijrah yang telah terjalin sejak sekian lama dan dalam masa yang sama turut mengadakan perbincangan strategik dua hala berhubung kerjasama yang boleh dilakukan bersama pada masa akan datang.
Di samping itu, kedatangan BDB juga turut diselitkan dengan lawatan ke sekitar Studio TV AlHijrah sambil diberi sedikit taklimat mengenai TV AlHijrah yang merupakan sebagai stesen TV Islamik pertama yang memperkenalkan Islam sebagai gaya hidup, memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan pemikiran Islam untuk dikongsi bersama semua lapisan penonton di tanah air.
Sehubungan itu, BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TV AlHijrah yang telah banyak menyokong dan terlibat secara langsung dalam membantu menyampaikan perkembangan program-program yang dianjurkan oleh BDB kepada orang ramai sehingga ke hari ini.