KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE MENARA SADA ALOR SETAR

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE MENARA SADA ALOR SETAR

Delegasi Bina Darulaman berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat di Menara Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman dan Ketua Pegawai Operasi SADA, Haji Zulazni Mohd Noor.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi dan strategi pengurusan bekalan air negeri Kedah, visi dan misi serta projek-projek masa depan yang telah disampaikan oleh Radzuan Osman.
Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai perancangan SADA dalam mengekalkan pentadbiran yang berkualiti serta memastikan rakyat negeri Kedah sentiasa mendapat bekalan air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia serta World Health Organization (WHO).
Dalam pada itu, Sr Haji Che Had sempat meluangkan masa memberi sedikit taklimat mengenai BDB yang juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab menguruskan bidang kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan Negeri Kedah.
Dengan kunjungan hormat tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

[INSIDE VIEW] KERATAN AKHBAR PELANCARAN PERBANDARAN MAMPU MILIK DARULAMAN SAUJANA & PELAN INDUK BANDAR DARULAMAN 3.0 DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

[INSIDE VIEW] KERATAN AKHBAR PELANCARAN PERBANDARAN MAMPU MILIK DARULAMAN SAUJANA & PELAN INDUK BANDAR DARULAMAN 3.0 DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

Majlis Pelancaran Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0 telah berlangsung dengan jayanya di The Tent, Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pengerusi Bina Darulaman Berhad (BDB), Sr. Haji Che Had Dhali, Pengarah Eksekutif BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Anak Syarikat Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab.
Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BDB, Pengurusan Kanan BDB serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kumpulan BDB dalam usaha menjayakan projek-projek pembangunan ini serta membangunkan negeri Kedah menuju sebuah negeri maju pada masa akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi (PDTL), Dato Abdul Gafar Yahya di Langkawi, Kedah.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, dan ahli Lembaga Pengarah BDB.
Dalam lawatan yang hampir dua jam itu, Sr Haji Che Had Dhali sempat meluangkan masa memberi sedikit taklimat mengenai BDB yang juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab menguruskan bidang kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan Negeri Kedah.
Untuk rekod, pelancong dari dalam dan luar Malaysia serta semua pihak boleh mendapat maklumat yang diperlukan mengenai Pulau Langkawi Permata Kedah serta peranan dan tanggungjawab PDTL.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Abdul Gafar Yahya di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
Diharapkan dengan lawatan ini PDTL dapat menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan BDB terutamanya mengenai pembangunan dan projek-projek yang telah dirancang di masa hadapan.

LAWATAN KERJA AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN BDB KE TAPAK-TAPAK PROJEK DI LANGKAWI

LAWATAN KERJA AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN BDB KE TAPAK-TAPAK PROJEK DI LANGKAWI

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek BDB yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali di Langkawi, Kedah.

Disamping itu, sesi lawatan kerja yang hampir tiga jam itu berlangsung di Kedah Marble, Gemi Puncak Quarry, Langkawi Designer Premium Outlet, Kedah Marble dan Temoyong.
Tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat kemajuan fizikal di tapak-tapak Projek dan mengetahui isu-isu serta cadangan penyelesaian.

SESI PERJUMPAAN BDB BERSAMA JENTAYU SUSTAINABLES BERHAD

SESI PERJUMPAAN BDB BERSAMA JENTAYU SUSTAINABLES BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Jentayu Sustainables Berhad (JSB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Tuan Haji Che Had Dhali di Hotel Adya, Langkawi, Kedah.
JSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffri Muhamad Yusup dalam sesi perjumpaan yang serba ringkas itu bagi membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua syarikat disamping berkongsi pengalaman.
Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan JSB akan memberi perkembangan positif serta membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.

UTUSAN MALAYSIA | ISNIN, 16 JANUARI 2023 | MUKA SURAT 7

UTUSAN MALAYSIA | ISNIN, 16 JANUARI 2023 | MUKA SURAT 7

TERIMA KASIH
YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
SPMK., BKM
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN
ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN
MAJLIS PELANCARAN
PERBANDARAN MAMPU MILIK DARULAMAN SAUJANA
&
PELAN INDUK BANDAR DARULAMAN 3.0
DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN
PADA
12 JANUARI 2023 / 19 JAMADILAKHIR 1444H
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan Warga Kerja
KUMPULAN BINA DARULAMAN