BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG KURMA KEPADA PEGAWAI KESELAMATAN PENERBANGAN (AVSEC) LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG KURMA KEPADA PEGAWAI KESELAMATAN PENERBANGAN (AVSEC) LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM

Bersempena bulan Ramadan pada tahun ini, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan pek buah kurma untuk anggota-anggota pengawal keselamatan penerbangan (Bahagian AVSEC) yang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah pada hari ini.

Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada anggota-anggota yang bertugas menguruskan penyelarasan latihan dalam bidang keselamatan penerbangan khususnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Mohd Farizzuddin Hayaz Abdul Halim.
Diharapkan sumbangan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara BDB dan AVSEC serta menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE BINA DARULAMAN BERHAD

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE BINA DARULAMAN BERHAD

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Pembangunan Keusahawanan Dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia (UUM CEDI).

Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein manakala UUM CEDI dihadiri oleh Pengarah Eksekutif, Dr. Jauriyah Shamsuddin, Timbalan Pengarah, Dr. Abdul Rahman Jaaffar, Timbalan Pengarah II, YBrs. Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad dan Penolong Pegawai Tadbir, En. Ahmad Faiz Jamal Abdul Nazir.

Sesi perjumpaan selama satu jam itu berlangsung di Menara BDB dan ia bertujuan membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman dalam bidang pengkuarian, bahan binaan dan hartanah.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan UUM CEDI akan membuahkan inisiatif yang positif serta terus kompetitif di dalam industri di masa akan datang.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

UCAPAN DARI PENGERUSI BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1443H

UCAPAN DARI PENGERUSI BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1443H

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum WBT,

Saya bagi pihak Pengurusan Bina Darulaman Berhad dengan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini iaitu pada 1443H dan pihak pengurusan mendoakan agar seluruh warga kerja akan mendapat keberuntungan di dalam bulan yang mulia ini.

Kami juga mengharapkan semua warga kerja akan memperbanyakkan ibadah, sedekah, amal pada bulan ini kerana ianya akan memberikan kenikmatan ataupun keburuntungan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sekian,
وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ