Categories
Activities

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MERAIKAN PASUKAN SEPAK TAKRAW IPD KOTA SETAR

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MERAIKAN PASUKAN SEPAK TAKRAW IPD KOTA SETAR

Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah dijemput untuk berbuka puasa bersama pasukan sepak takraw Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di The Jerai Hotel Alor Setar, Kedah pada 6 April 2022.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Mohd Redzuan Salleh.

Untuk rekod, Kumpulan BDB telah menyumbang kelengkapan jersi pasukan sepak takraw IPD Kota Setar untuk Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Kedah yang berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April yang lalu dan menjadi pasukan tersebut telah muncul sebagai juara.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar cenderahati di mana Kumpulan BDB diwakili oleh Ketua Komunikasi Korporat Sajahan Abdul Waheed di mana beliau menyerahkannya kepada ACP Ahmad Shukri sambil disaksikan pasukan sepak takraw IPD Kota Setar.

Untuk itu, Kumpulan BDB mengucapkan tahniah di atas kejuaraan yang telah dicapai dan diharapkan dengan sumbangan ini mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin di antara Kumpulan BDB dan barisan PDRM Kota Setar.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Categories
Activities

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK PROGRAM CSR BACK TO SCHOOL KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH WAN SULAIMAN SIDIQ (SKWSS)

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK PROGRAM CSR BACK TO SCHOOL KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH WAN SULAIMAN SIDIQ (SKWSS)

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kelengkapan bag sekolah di Menara BDB, Alor Setar, Kedah pada hari ini.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan BDB telah menghulurkan bantuan kepada 69 pelajar sekolah rendah dari SKWSS yang kurang berkemampuan.

Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain menyuntik semangat murid untuk menghadiri sesi persekolahan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Guru Besar SK Wan Sulaiman Sidiq, Munir Salleh.
Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap dapat meringankan beban keluarga penerima dalam menghadapi sesi persekolahan seterusnya.

📍 Kredit video:
Munir Salleh- Guru Besar
Norizawati Ismail- Penolong Kanan 1
Ghazali Musa-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Mohd Qadri Abdul Rani- Penolong Kanan Kokorikulum

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita