PEMBERIAN SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA KAKITANGAN IBU PEJABAT BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA BULAN RAMADHAN

PEMBERIAN SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA KAKITANGAN IBU PEJABAT BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA BULAN RAMADHAN

Pada tahun ini, pihak Sumber Manusia Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan barangan keperluan harian kepada kakitangan di ibu pejabat Bina Darulaman Berhad.

Pengambilan agihan pemberian barangan keperluan harian ini telah dilakukan di Centre of Learning, Aras 4, Menara BDB dan seramai 105 orang kakitangan telah menerima sumbangan tersebut.

Dengan sumbangan tersebut, diharap dapat membantu dan meringankan perbelanjaan sepanjang menjalani ibadah puasa dan serta menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini dan diharapkan program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

KELAB MEDIA ELIT KEDAH MELUANGKAN MASA MELAWAT KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

KELAB MEDIA ELIT KEDAH MELUANGKAN MASA MELAWAT KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

Lawatan yang diketuai oleh Presiden KMEK, Kumaran Rajamoney bertujuan bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim antara pihak BDB dan pihak media.

Selain itu, lawatan itu juga membincangkan kerjasama di antara KMEK dan BDB di masa akan datang. Kehadiran mereka disambut oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.

Pihak BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan media yang terlibat dalam membantu BDB dalam menyampaikan perkembangan aktiviti-aktiviti serta projek-projek pembangunan kami khususnya di negeri Kedah kepada masyarakat.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#spiritOfAchievement

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman (BDB), Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan lawatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Alor Setar pada 4 April lalu.

Lawatan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Agihan dan Pembangunan Asnaf), Azizul Rusmadi Abdul Rahman, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Zulkefli Abu Bakar dan Ketua Pegawai Perhubungan, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Faiz Hussin Shokri.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari (ECQ), Tahir Md. Zin dan pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi, strategi kewangan sosial Islam, visi dan misi dan juga prestasi kutipan zakat untuk tahun 2021 yang telah disampaikan oleh Dato’ Syeikh Zakaria Othman.

Tambahnya, LZNK menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang dengan pesat sekaligus membantu asnaf di negeri Kedah ini untuk keluar daripada kepumpung kemiskinan.

Dalam pada itu, Sr Haji Che Had sempat berkongsi mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman dalam bidang pengkuarian, bahan binaan dan hartanah.

Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai perancangan LZNK dari segi pengagihan dan urusan kutipan zakat kepada asnaf berlandaskan hukum syarak, pembangunan semasa yang sedang dibangunkan oleh LZNK serta projek-projek masa depan yang telah dirancang.

Beliau kemudiannya sempat melawat beberapa unit kerja di LZNK seperti kaunter kutipan zakat, unit teknologi maklumat dan galeri produk-produk yang dihasilkan oleh LZNK.

Dengan itu, Kumpulan BDB berharap dengan lawatan tersebut dapat membuahkan perkembangan positif serta dengan kolaborasi antara kedua pihak memberikan inisiatif membantu asnaf di negeri Kedah ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement