Categories
Activities

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA UNIUTAMA MANAGEMENT HOLDINGS SDN BHD

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA UNIUTAMA MANAGEMENT HOLDINGS SDN BHD

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) di Menara BDB, Alor Setar, Kedah pada 31 Mac yang lalu.

Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMHSB, Rodzi Lebai Karim dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UMHSB, Mohamad Rafi Kamis.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Uniutama Education & Consultancy Sdn. Bhd, Prof. Dr. Rushami Zien bin Yusoff, Pengurus Besar Uniutama Property Sdn. Bhd, Ahmad Bokhar Khalid dan Pengurus Jabatan Pembangunan Perniagaan & Projek Khas Kumpulan UMHSB, Ahmad Yani Kasim.

Tujuan perjumpaan tersebut membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak di samping berkongsi pengalaman dalam bidang pengurusan, misi dan visi serta perancangan syarikat khasnya.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan UMHSB akan membuahkan inisiatif serta perkembangan positif di masa yang akan datang.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Categories
Activities

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG KURMA KEPADA PEGAWAI KESELAMATAN PENERBANGAN (AVSEC) LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG KURMA KEPADA PEGAWAI KESELAMATAN PENERBANGAN (AVSEC) LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM

Bersempena bulan Ramadan pada tahun ini, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan pek buah kurma untuk anggota-anggota pengawal keselamatan penerbangan (Bahagian AVSEC) yang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah pada hari ini.

Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada anggota-anggota yang bertugas menguruskan penyelarasan latihan dalam bidang keselamatan penerbangan khususnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Mohd Farizzuddin Hayaz Abdul Halim.
Diharapkan sumbangan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara BDB dan AVSEC serta menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita

Categories
Activities

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE BINA DARULAMAN BERHAD

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE BINA DARULAMAN BERHAD

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Pembangunan Keusahawanan Dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia (UUM CEDI).

Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein manakala UUM CEDI dihadiri oleh Pengarah Eksekutif, Dr. Jauriyah Shamsuddin, Timbalan Pengarah, Dr. Abdul Rahman Jaaffar, Timbalan Pengarah II, YBrs. Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad dan Penolong Pegawai Tadbir, En. Ahmad Faiz Jamal Abdul Nazir.

Sesi perjumpaan selama satu jam itu berlangsung di Menara BDB dan ia bertujuan membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman dalam bidang pengkuarian, bahan binaan dan hartanah.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan UUM CEDI akan membuahkan inisiatif yang positif serta terus kompetitif di dalam industri di masa akan datang.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement