Categories
Activities

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA LAWAT MENARA BDB

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA LAWAT MENARA BDB

Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang Hashim buat julung kalinya mengadakan lawatan ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB) di Alor Setar hari ini.
Ketibaan YB Datuk Haji Awang Hashim disambut oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein.

Turut hadir, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Sumber Manusia, Saiful Syazwan Shafie, Pengarah Perkeso Kedah, Mohamad Haron Othman dan Pegawai Khas Parlimen, Romlan Hamid.

Dalam lawatan yang bermula pada 8.30 pagi itu, YB Datuk Haji Awang Hashim meluangkan masa untuk bertemu dan mengadakan perbincangan serta menghadiri taklimat bersama pengurusan kanan Kumpulan BDB dan juga anak syarikat.

Dalam sesi taklimat tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan pembangunan Pusat Rehabilitasi Perkeso Zon Utara, penambahbaikan pusat kesihatan serta projek-projek dalam daerah Pendang dan negeri Kedah.

Selepas sesi taklimat, YB Datuk Haji Awang Hashim sempat meluangkan masa seketika untuk bergambar bersama-sama pengurusan kanan serta menerima cenderahati daripada Pengerusi Kumpulan BDB sebelum menamatkan sesi lawatan pada 9.45 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada YB Haji Datuk Awang Hashim di atas lawatan ke Menara BDB.

Diharapkan dengan lawatan dan pertemuan ini akan membuahkan inisiatif yang positif buat Kumpulan BDB dan juga rakyat negeri Kedah pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Categories
Activities

PENGERUSI KUMPULAN BDB MENYAMPAIKAN BARANGAN HADIAH UNTUK PESERTA KARNIVAL SENI WARISAN D’MUZIUM ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

PENGERUSI KUMPULAN BDB MENYAMPAIKAN BARANGAN HADIAH UNTUK PESERTA KARNIVAL SENI WARISAN D’MUZIUM ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

Pada Khamis yang lalu, Kumpulan BDB telah menyampaikan beberapa barangan hadiah kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Dalam sesi tersebut, Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali telah menyampaikan barangan hadiah kepada Penaung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah iaitu Yang Mulia Tunku Dato’ Adj. Prof. Sr. Dr Fauzi Ibni Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Tunku Dato’ Abdul Malek Al – Haj. Bersama beliau, Guru Utama & Presiden Persatuan Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, YDP Silat Cekak Kedah, Marzuki bin Mohd Rasul dan Syed Helmi b. Syed Yasin.

Disamping itu, barangan hadiah tersebut telah disampaikan kepada peserta-peserta yang terlibat untuk pelbagai kategori pertandingan yang berlangsung pada 24-26 Mac 2022 itu.

Akhir sekali, Kumpulan BDB berharap hubungan yang telah terjalin dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah akan terus dikekalkan serta menjadi pencetus semangat kepada ahli-ahli Silat Cekak Malaysia untuk terus bergerak aktif terutamanya di negeri Kedah khasnya.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement