PENGERUSI BDB TURUN PADANG TINJAU TUGASAN KAKITANGAN BDB

PENGERUSI BDB TURUN PADANG TINJAU TUGASAN KAKITANGAN BDB

Buat julung kalinya Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Sr Haji Che Had Dhali turun padang untuk melihat sendiri tugasan yang dikendalikan oleh kakitangan BDB di setiap tingkat Menara BDB sambil disertai oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein.

Dalam lawatan berkenaan, beliau berkesempatan untuk meninjau persekitaran kerja di jabatan-jabatan seperti Sumber Manusia, Setiausaha, Kewangan dan Akaun, Pematuhan Korporat, Kontrak dan Perolehan, Teknologi Maklumat, Komunikasi Korporat serta Pembangunan Perniagaan.

Beliau turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan kakitangan dan juga pengurusan kanan Kumpulan BDB. Di samping itu beliau turut sempat memberi nasihat dan juga kata-kata semangat untuk meningkatkan motivasi kakitangan Kumpulan BDB.

Di samping itu, beliau turut dijadual akan turun padang untuk membuat lawatan yang sama ke ibu pejabat anak-anak syarikat Kumpulan BDB seperti BDB Land Sdn Bhd, BDB Infra Sdn Bhd dan BDB Synergy Sdn Bhd dalam masa terdekat.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement