BDB CONSTRUCTION SDN BHD TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI PERBADANAN MENTERI BESAR PERAK

BDB CONSTRUCTION SDN BHD TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI PERBADANAN MENTERI BESAR PERAK

 

BDB Construction Sdn.Bhd. (BDBC), anak syarikat kepada Kumpulan Bina Darulaman Berhad menerima kunjungan daripada delegasi Perbadanan Menteri Besar Perak (MBInc). Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pengurusan Pasir, En.Syed Rofli Bin Syed Ahmad manakala delegasi MBInc pula diketuai oleh Pengurus Besar Kanan iaitu En. Kamarulariffin Bin Haji Ayub.

Kunjungan ini bertujuan untuk membuka ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi serta berkongsi pengalaman syarikat dalam bidang pengkuarian serta bahan binaan. Dalam kunjungan tersebut, pihak MBInc telah dibawa ke Kuari Bukit Perak, Pendang dan taklimat operasi kuari telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kuari dan Premix (BPQ dan KKPP), En. Zakba Bin Shafie. Pada hari tersebut, delegasi MBInc turut berpeluang melihat kerja-kerja peletupan bukit di kawasan kuari.

Delegasi MBInc juga turut diraikan dengan sesi makan malam dan kejohanan persahabatan mini golf tertutup yang bertempat di Permaipura Golf and Country Club.

Untuk makluman, BDBC merupakan sebuah anak syarikat kumpulan BDB yang memberikan fokus kepada pembangunan sektor mineral di wilayah Utara Malaysia. Pihak Kumpulan BDB berharap dengan adanya hubungan strategik antara BDBC dan MBinc Perak yang merupakan pelopor industri mineral, ianya akan dapat merealisasikan inisiatif sector mineral di negeri ini.

Gambar dan tulisan oleh Azlan Nasrun (BDB Construction)